Assalamualaikum,
Terdahulu kami Mya Camilya Collections mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan anda ke blog kami..
Kami berbangga kerana dapat menghasilkan suatu produk yang bermutu dan secara langsung dapat mendidik anak-anak generasi sekarang dan di masa hadapan agar lebih menyintai Islam..dengan cara ini Insya Allah dapat membantu sedikit sebanyak agar anak-anak kita lebih medekati Allah swt..
" Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku". (surah Ali-Imran :36)
Kepentingan anak soleh kepada sesebuah keluarga adalah amat bermakna, kerana doa anak soleh sebagai penyambung amalan (pahala) setelah ibu bapanya meninggal dunia.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :
" Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalanya, kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmunya yang dimanfaatkan orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibubapanya". (Riwayat Muslim).
Oleh itu, kitalah sebagai ibubapa yang harus mendidik anak kita pada peringkat awal agar diamalkannya sampai bila-bila.
INGATLAH HATI YANG BERSIH, SENTIASA RINDU UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH S.W.T.
Insya Allah.